Mahkamah boleh jadi sedikit complicated kalau melibatkan artis. Lebih-lebih lagi isu Fazura yang berlarutan selama 5 tahun.

Mahkamah Majistret pada 23 Sept tahun lalu membebas dan melepaskan Fazura daripada tuduhan mencederakan Geraldine Mariana Wong, 33, pada 1.20 pagi 19 Dis 2004 di sebuah kelab malam.

Namun peguam surirumah tersebut enggan mengaku kalah & memfailkan bantahan keputusan mahkamah. Namun, semalam mereka menarik balik permohonan mereka.

“Saya sangat gembira dan bersyukur. Saya dah penat turun naik mahkamah selama lima tahun,” kata Fazura yang gembira dengan keputusan bijak peguam tersebut.