fbpx

Fazura, Fattah Amin Dipercayai Tidak Lagi Tinggal Sebumbung

Nasib rumah tangga pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin dilaporkan bakal terjawab esok di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Memetik mStar Online, Fattah Amin dipercayai telah keluar rumah kelamin mereka untuk tinggal berasingan bagi meredakan situasi walaupun sebelum ini aktor itu mengatakan masih sayangkan isterinya.

BACA: Esok Penentu Nasib Rumah Tangga Fazura, Fattah Amin

Malah, terdapat dakwaan sejak tinggal berasingan, Fattah dan anaknya, Fatimah Aisya tidak lagi berhubung namun pada hari ulang tahun kelahirannya pada 14 September lalu, Fattah melepaskan rindu bertemu dengan anaknya.

Selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, keputusan esok bakal memberi jawapan kepada hubungan pasangan berkenaan.

SUMBER: mStar Online