Fazura Dipuji Kaburkan Jenama Beg Tangan, Netizen Jangka Neelofa Bakal Dedah Hidung Bilal
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Nur Fazura ada memuat naik gambarnya memakai jaket hitam serta bertopi putih dengan tanda pagar meluahkan rasa syukur.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila Fazura bertindak mengaburkan jenama beg tangannya sebelum ianya dimuat naik di media sosial.
BACA: Izara Aishah Tegur Netizen Lagakan Neelofa & Fazura
View this post on Instagram
Meskipun bag tangan itu dikaburkan, namun ramai pasti beg tersebut berjenama Hermes dan nilainya boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
Perkongsian Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap pelakon itu yang sangat merendah diri serta ada yang bertanyakan mengapa beg tangan tersebut dikaburkan.
Sementara itu, apabila keluar sahaja berita mengenai Fazura sudah pasti akan ada netizen yang mengaitkannya dengan artis lain.
Tular perkongsian seorang pengguna di laman Twitter, meskipun tidak menyatakan nama namun ramai dapat meneka artis yang dimaksudkan adalah Neelofa.
Ada sahaja netizen ni. Dengar cerita tak lama lagi peminat akan dapat tengok wajah Bilal. Tengok sipi-sipi pun dah comel, apa lagi kalau tengok wajah penuh.
- SUMBER
- Cari Forum
Lofa boleh diiktiraf dalam Guiness World Book Of Record atas masih bertahan untuk tidak tunjukkan muka Bilal. Mungkin nak tunggu ke 1 JUTA angka peminat2 yang x habis2 memuji akan kecomelan Bilal.. Hanya dia dan Allah je yg tahu…xnak tunjuk jangan tunjuk terus. Suka sangat2 ikut cara Kak Lina Pom Pom..sempoi. Tetap no syatu
Eh eleh blur Kan dgn caption pun terpaling YG Cari perhatian . Dah tau org akan bercakap. Zuhud n humble ke hahaha ..pemenat dia selalu indenial pastu Kait lofa..
True that!! Peminat faz mmng busuk hati pd lofa. Selalu jg perasan bila baca comment. Kalau beg tu kabur kan jenama pun tetap org tahu.. ntah apa2 jer.
Jabatan Netizen Malaysia mmg suka mengumpul dosa, suka mencemuh suka mengecam suka mengadu domba..bila suka seseorang buat lah apa pun tetap nmpk elok tetap memuji melangit2 bila tak suka takda salah pun tetap mengeji juga melangit2.. semoga aku di jauhi dari kelompok ini..
Bersangka baik je. Ntah2 dyorg berdua ok2 je takde masalah apa pun. Kita2 ni je sebagai peminat yang lebih2.