fbpx

Fazura Bawa 5 Bodyguard Demi Keselamatan

Semalam, kehadiran pelakon Nur Fazura bersama lima orang pengawal keselamatan ketika ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari menjadi perhatian ramai.

Memetik Oh Bulan, pengurus Fazura iaitu Iman Tang tampil menjelaskan spekulasi berhubung tindakan aktres itu membawa lima bodyguard ke mahkamah. Iman berkata ianya untuk elakkan perkara tidak diingini berlaku serta mendedahkan Fazura pernah dikasari peminat.

BACA: Fazura Datang Mahkamah Serba Putih, Bawa 5 Orang Bodyguard

“Itu adalah kebiasaan Fazura bila dia pergi ke majlis mana-mana, dia memang akan upah pengawal peribadi. Saya sebagai pihak pengurusan memang benarkan sahaja permintaan itu sebab pernah ada kejadian orang kurang sopan datang untuk bergambar tetapi ambil kesempatan.

“Sebelum ini pernah Fazura pergi Mahkamah Tinggi tanpa bodyguard, keadaan jadi tidak terkawal dan dia dikasari peminat,” katanya.

Dalam pada itu, Iman berkata ianya adalah sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan mereka tidak tahu bagaimana keadaan di mahkamah semalam.

“Macam semalam, kami tak tahu keadaan dekat mahkamah macam mana sebab berkemungkinan ramai datang termasuk peminat. Cuma saya berpesan dekat bodyguard supaya tidak berkasar dengan rakan media,” katanya.

Tambah Iman lagi, pihak enggan ambil peduli dengan apa diperkatakan netizen kerana apabila terjadi sesuatu tidak diingini pasti pihak mereka akan dipersalahkan.

“Bagi saya perkara tersebut tidak menjadi isu pun, kadangkala kita tak boleh terlalu ambil peduli tentang apa yang netizen katakan.

“Bila ada sesuatu jadi, mereka akan cakap pula takkanlah Fazura tak bawa pengawal peribadi, kan dah kena macam ini. Netizen pula yang ‘bantai’ kita, tapi bila ada mereka tanya pula kenapa sampai lima,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan