Fazley Yaakob Cari Jodoh Buat Ibu, Tak Mahu Suami Orang
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mahu mencarikan jodoh buat ibunya Datin Umi Kalsom Abdol Latib selepas lima tahun kematian suami, Datuk Yaakob Mohammad.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazley berkata dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya tergerak untuk memuat naik perkongsian tersebut.
BACA: Fazley Yaakob Dedah Isteri Sehelai Sepinggang Ketika Berkahwin
“Saya nak cari jodoh untuk ibu saya! Saya sendiri tak tahu kenapa saya tergerak hari ini membuat hantaran ini. Kali terakhir saya buat hantaran sebegini ialah ketika saya cari jodoh untuk adik perempuan bongsu saya. Alhamdulilah, dah dirisik pun oleh bakal suaminya.
“Kini saya nak usahakan untuk ibu saya tercinta pula. Sememangnya soal jodoh dan pertemuan, semuanya rahsia Allah. Kita sebagai manusia akan kekal berusaha dan berdoa. Ini adalah usaha saya untuk ibu saya yang tercinta,” katanya.
Dalam entri tersebut, Fazley turut menyenaraikan ciri-ciri lelaki yang bakal menjadi bapa tirinya. Syarat yang paling penting adalah lelaki tersebut bukanlah suami orang.
Fazley turut mencari lelaki yang jujur serta mempunya isifat sabar dan penyayang. Ujarnya lagi, adalah lebih baik jika bakal suami ibu suka makan kerana ibunya suka memasak.
Terdahulu, suami Umi Kalsom iaitu Allahyarham Yaakob Mohammad meninggal dunia pada Februari 2016 akibat komplikasi paru-paru.
kalau boleh jgn anak2 bapak tiri atau cucu cicit bapak tiri tu duduk sekli, tak termasak mak u nnti, aleh-aleh mak u yg semput. Ada terjdi mcm ni taw. Mntg2 bapak nyer kwenni org ada beduit, rumh selesa, dan2 tu ambil kesempatan..kisah ni ada berlaku di kpg aku seperti dibawah:-
..duda tu umur 70 (tahun 2019), kematian bini dh 3 bulan tahun 2019, rmh bsr bungalow dn bersih, ladang sawit ada 100 ekar..hilux bberap biji, kereta2 lain jugak, berkawenlah dgn si janda umur 47 masa tu (tahun 2019). Janda ni berat tulg, anak org berharta jugak, anak janda ni dah remaja 3 org pompuan , melawa je kerjanya mcm maknyer, rmh asalnya beselerak mcm tongkang pecah bila raya aku hantar kuih muih..astaga..rmh ke apa ni. ..bau2 kencing kucing…tpi mmg org byk tnh dn berduit, gelang emas rantai usah ckplah..bergayut2 tak prnh gadai.
dipjgkan cerita berkwenlah dgn si duda janda tu dgn yg aku sebut diatas tu, rmh duda dn harta aku dh terangkan,. lepas menikah, si janda tu angkutlah anak remaja yg dah dkt umr 20 tahun tu.., lpas tu trdgr pulak cerita, anak2 si pakcik yg duda tu pulak yg berpindah tak tahan dgn si janda dn anak2 janda tu (mak tirilah dgn anak2 yg menyemakkan merumikkan keadaan apabila ayah mereka menikah lgi..)
..skrg x tahu cerita..sbb ada covid..dlm 2 tahun pkp, pkpb, pkpp, pkp, ppn, ..dah x tahu apa citer..nnti ada aku ckp yer..
ok…tamat..from the true story
Pe syrat2 ehh? Nk kya ke ,nk muda tua ke?
Ko ni memang sejenis suka menceceh cite hal orang ye.. Sian laki kau dapat Bini toksik macam kau.. bawak bawak la ingat mampos Kak..
Bagus fadzli
MAAF TANYA BUAH DADA PAK RADEN MELENDUT BANYAK MAKAN KEPAK AYAMMMMM KAAAA?