fbpx

Faye Kusairi Syukur Sembuh Dari Bell’s Palsy

Bulan lalu, pelakon Faye Kusairi berkongsikan kepada umum apabila dia berdepan detik cemas apabila tiba-tiba mendapat serangan Bell Palsy iaitu kelumpuhan otot muka ketika sedang sarat hamil 9 bulan.

Serangan tersebut membuatkan sebelah mukanya lumpuh. Selepas hampir sebulan, Faye memaklumkan keadaannya kini sudah pulih sepenuhnya. Menerusi perkongsian di Instagram itu, Faye turut memuat naik video wajah terkini sudah sembuh dari serangan tersebut.

BACA: Lumpuh Sebelah Muka, Faye Kusairi Muhasabah Diri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ??????? ???????? (@fayekusairi)

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah wajah saya telah sembuh daripada Bell’s Palsy selepas sebulan dan sekarang saya telah sihat sepenuhnya.

“Apa yang saya lakukan adalah dengan mengambil ubat-ubatan dan vitamin B12 selain melakukan rawatan totok wajah, iaitu sejenis urutan saraf muka secara berkala,” katanya.

Faye memberitahu dia tidak melakukan rawatan akupuntur dan mengambil sebarang ubat-ubatan selain daripada apa yang disarankan oleh doktor serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakannya.

Terdahulu, Faye memaklumkan dia diserang Bell’s Palsy  sedang menggosok gigi di rumahnya dan tiba-tiba berasa otot muka sebelah kanannya kejang.