Pelakon, Fattah Amin mengesahkan menerima surat tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung kenyataan yang dikeluarkan di mahkamah berkenaan isu kenderaan.
Memetik Harian Metro, Fattah bagaimanapun enggan berkongsi lanjut menenai LOD berkenaan sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada peguam.
BACA: Fazura Fail Tuntutan Hadanah Anak Terhadap Fattah
“Betul. Saya ada terima LOD bulan lalu iaitu sebelum mengerjakan umrah. Saya kurang pasti tarikh sebenar tapi pihak peguam sudah menjawab dan sudah diserahkan mengikut tarikh ditetapkan iaitu tujuh hari bermula tarikh LOD diterima.
“Setakat ini, itu saja yang boleh saya kongsikan. Untuk urusan selanjutnya, kami tunggu saja di mahkamah,” katanya.
Sementara itu, Fattah memberitahu ianya terlalu peribadi untuk berkongsikan kepada umum mengenai kandungan notis yang diterima.
“Itu adalah urusan peribadi. Saya tak boleh kongsi, lebih elok simpan sendiri saja.” katanya.
Terdahulu, Fazura dalam satu kenyataan memberitahu dia menghadiahkan sebuah kereta untuk Fattah. Bagaimanapun, Fattah menegaskan kereta itu bukan hadiah sebaliknya dia membayar ansuran bulanan menerusi potongan gaji.
SUMBER: Harian Metro