fbpx

Fattah Amin Dituduh Pemalas Biarkan Fazura Drive Sendiri

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Ditambah pula dengan cahaya mata comel mereka, ramai yang sentiasa menantikan video atau gambar baru Fatima.

Baru-baru ini, Fazura ada memuat naik video di Instagram dimana Fattah ada bertanyakan soalan yang diterima daripada peminat buat isterinya.

BACA: Fazura Raih RM5.4 Juta Jual Tudung Sempena Ramadhan

Menurut Fattah ada netizen bertanyakan kenapa Fazura yang selalu dilihat memandu kereta. Menjawab pertanyaan tersebut, Fattah berkata suamminya bukan pemalas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Sebaliknya, Fazura menjelaskan dia akan pening sekiranya duduk di kerusi penumpang dan lebih selesa jika memandu sendiri.

“Tak.. the reason why Faz suka drive sebab kalau orang lain drive, Faz akan pening. Sebab itu tak ada orang lain drive, saya pun tak ada driver. Memang saya prefer drive sendiri,” katanya.

Dalam video tersebut, Fattah sempat bertanyakan soalan daripada netizen yang ingin mengetahui tentang ciri-ciri lelaki buat anak perempuan mereka.

“Semestinya nak yang terbaik untuk anak. Boyfriend Fatima nanti seorang protective, menyayangi Fatima seadanya bukan sebab apa-apa pun dan beriman,” katanya.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan pada 2 Oktober 2020.