fbpx

Fatin Afeefa Tak Bagi Anak Jadi Artis, Kena Belaja & Hafal Al-Quran

Pelakon Fatin Afeefa berkata dia tidak membenarkan anak-anaknya terlibat dalam dunia seni ataupun bergelar selebriti.

Menerusi sesi live di TikTok, Fatin berkata dia mahu melihat anak-anaknya cemerlang dalam akademik serta bergelar penghafaz Al-Quran.

BACA: Fatin Afeefa Bangga Suami Usaha Bisnes, Dah Tak Main Forex

“Saya tak akan benarkan anak-anak saya berlakon atau masuk industri. Anak saya kena belajar, hafal Al-Quran,” katanya.

Sementara itu, Fatin berkata anak-anaknya ada menerima banyak tawaran namun tidak akan benarkan mereka mengikut jejak langkahnya dan sebagai ibu dia berhak menentukan masa depan anak-anak.

“Tak kisah apa pun orang nak cakap, tapi anak-anak saya tidak akan jadi pelakon. Anak-anak saya di bawah jagaan saya, jadi saya berhak tentukan. Suka hati sayalah,” katanya.

Terdahulu, Fatin berkata dia nekad mengambil keputusan undur diri dari dunia seni kerana mentaati permintaan suaminya, Aliff Awang.

Fatin berkata dia mengambil keputusan tersebut atas permintaan suaminya yang memintanya untuk menjaga aurat serta mahu memberi perhatian kepada keluarga.

SUMBER: mStar Online