Fatin Afeefa Geram Adam Shahz Liat Bayar Yuran Sekolah Anak

Pelakon Fatin Afeefa meminta agar bekas suaminya aktor, Adam Shahz supaya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak perempuan mereka iaitu Ivy dengan sempurna.

Memetik mStar Online, Fatin berkata Adam tidak pernah menculas nafkah anak mereka itu namun tidak memenuhi keperluan lain seperti yuran sekolah anak.

BACA: Taat Perintah Suami, Fatin Afeefa Undur Diri Dari Dunia Seni

Menurut Fatin lagi, perkara berhubung tuntutan nafkah masih dalam perbicaraan dan membiarkan mahkamah untuk memberi kata putus.

“Adam tak culas bayar nafkah anak setakat ini cuma saya geram apabila dia enggan bayar yuran sekolah anak. Dia cuma beri RM100 untuk beli baju koperasi dan yuran lain saya bayar sendiri sebanyak RM3500,” katanya.

Dalam pada itu, Fatin mendedahkan suaminya Aliff Awang yang mengambil tanggungjawab membayar segala perbelanjaan Ivy meskipun bukan tanggungjawabnya serta berpendapat ianya tidak adil buat suaminya.

“Bagi saya tak adil perbelanjaan Ivy bapa tiri yang bayar semuanya. Walaupun suami tiada masalah sebab sayangkan Ivy tapi sebagai isteri saya rasa itu tidak adil. Akhirat kelak takkan nak jawab bapa tiri rela bayar perbelanjaan anak,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×