Pelakon Fathia Latiff berkongsikan dia semakin seronok bekerja sebagai pentadbir undang-undang di sebuah firma guaman dan mahu terus menimba pengalaman dalam bidang tersebut.
Memetik Harian Metro, Fathia berkata dia berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi serta mengejar impian menjadi peguam.
BACA: Gambar Fathia Latiff Nampak Rambut Jadi Perhatian
View this post on Instagram
“Alhamdulillah walaupun jauh dari dunia glamor, tapi saya sangat meminati kerjaya dalam perundangan. Insya-Allah, saya berhasrat untuk menyambung pengajian lagi dan bercita-cita untuk bergelar peguam satu hari nanti,” katanya.
Sementara itu, Fathia mengakui tiada tawaran berlakon buat masa ini namun tidak menolak jika ada tawaran menarik yang datang.
“Kalau ikutkan memanglah teringin hendak berlakon, tapi buat masa ini tiada lagi tawaran. Kali terakhir saya berlakon adalah untuk telefilem pada bulan Mei lalu. Tahun ini saya hanya dapat dua tawaran saja, satu lagi pada Mac,” katanya.