Meskipun dilanda kontroversi, namun pelakon Fathia Latiff dilihat tetap tenang menjalani kehidupan seperti biasa dan sedang bercuti di Jepun.
Malah, ketika bercuti disana Fathia rajin membuat siaran langsung serta menjawab soalan-soalan daripada pengikutnya.
BACA: Fathia Latiff Tak Maafkan Aiman Sebab Permainkan Hati & Perasaannya
Turut menjadi perhatian ada netizen bertanyakan Fathia bercuti dengan siapa ke sana. Fathia mengaku dia ditemani terman lelakinya yang berada di bilik sebelah.
“Boyfriend saya dekat bilik sebelah,” jawabnya.
Sementara itu, Fathia mendakwa dirinya berdarah kacuran diraja Jepun dan dia baru saja mengakui mengenai perkara itu.
“Saya baru tahu bahawa saya mempunyai darah diraja Jepun. I have japanese blood. Memang saya tahu tapi tak tahu yang royale japanese blood,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Fathia mengatakan wajah Zahirah MacWilson seperti bibik serta mendakwa dirinya lebih cantik.
Malah, Fatiya mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar bersama bekas kekasihnya itu serta kapsyen ringkas mengatakan Aiman masih cinta akan dirinya.