fbpx

Fathia Latiff Akui Tiada Tawaran Berlakon

Kebelakangan ini sebut sahaja pelakon kontroversi, pasti terus terbayang nama Fathia Latiff. Disebalik kontroversi yang tercetus, Fathia akui sedih kerana sudah tiada tawaran berlakon untuknya sejak video menari seksi di aplikasi Bigo tersebar beberapa bulan lalu.

BACA: “Betul Ke Fathia Muatnaik Gambar Throwback?”

“Sejujurnya saya sangat rindu untuk berlakon. Cuma, selepas digugurkan dalam drama La Luna saya tiada sebarang tawaran. Mungkin disebabkan kontroversi mengenai diri saya, penerbit tidak mahu menawarkan drama”

“Cuma saya pinta kepada semua penerbit, jangan kerana keburukan yang ada pada diri saya, kebaikan lain tidak dipandang. Alhamdulillah, sumber pendapatan saya sentiasa ada walaupun tidak berlakon. Produk Avon masih menyambung kontrak, begitu juga dengan produk Her Fit dan Pizza Hut”

Biarpun kelakuannya sering dipandang negatif, ia bukanlah dibuat-buat untuk mencari publisiti murahan tetapi Fathia hanya ingin mahu menjadi diri sendiri. Tambahnya lagi, generasi sekarang sepatutnya lebih bersikap terbuka.

“Kadangkala saya tidak faham, apa sahaja yang saya buat walaupun pada pandangan saya ia baik, orang tetap kecam. Generasi sekarang seharusnya lebih bersikap terbuka. Bukan lagi suka mencari salah orang,” katanya kepada Kosmo Online. (rtky/w)