Entri ketiga berturut turut yang ada kaitan dengan Nora Danish. Tahniah, anda berjaya melakukan hatrik cantik di blog kami.

Harian Metro hari ini melaporkan yang hubungan cinta Fasha Sandha & Rizal Ashram atau Jejai kini sudah berakhir.


Jejai sendiri mengesahkan perkara ini melalui e-mail kepada media semalam & bertegas ini tiada kaitan dengan Nora Danish. Ahh right.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” tulis Jejai kepada media.

Namun, Jejai tidak menceritakan sebab sebenar perpisahan beliau dengan Fasha Sandha dan berulang kali menyatakan Nora Danish tidak pernah menggunakan keluarga’nya untuk kepentingan peribadi.



Masih bercakap berkenaan Nora Danish, Jejai mengesahkan yang bekas isteri’nya itu kini sedang mengenali seseorang dan bukan seorang wanita yang gila talak.

Nampaknya kisah perpisahan Fasha Sandha & Jejai ini bakal menjadi issue of the week dan kami berharap media massa boleh dapatkan kenyataan rasmi dari Fasha Sandha sendiri secepat mungkin.