“Farid Seorang Bapa Yang Kasihkan Anak-Anak, Kuat Berpegang Pada Tali Allah” – Ellie Suriaty
Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty menyifatkan aktor, Farid Kamil seorang suami yang baik terhadap isterinya, Diana Danielle. dan bapa yang penyayang terhadap dua anaknya.
Menerusi komen di Instagram Farid, Ellie turut memuji aktor itu seorang bapa yang penyayang terhadap dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
BACA: “Dia Boleh Beli Kereta Baru, Beli Cincin Berapa Ribu Tapi Nafkah & Hutang Masih Tergantung”
“Farid seorang suami yang baik, seorang bapa yang sangat-sangat kasihkan anak-anaknya iaitu Che Mat dan Aurora… Farid Kamil kuat berpegang pada tali Allah SWT,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ellie turut mendoakan agar segala urusan Farid dipermudahkan serta mengatakan pasti ada hikmah di atas apa yang berlaku.
“Pasti ada hikmah Allah SWT untuk Farid Kamil. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Farid Kamil di dunia akhirat Allah SWT sehingga ke syurgawi jannah,” tulisnya.
Terdahulu, Diana mendedahkan suaminya yang juga aktor Farid Kamil sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan malah turut berhutang dengannya.
Diana turut mempersoalkan, suaminya boleh membeli kereta baru cincin harga beribu ringgit namun nafkah dan hutang masih belum diselesaikan.
- SUMBER
Berpegang tali Allah, tapi tibai anak? Tak bayar nafkah? Ni lah orang melayu pegang tali Allah…. Boleh pilih pilih tali mana satu!
Silap tu..Bukan tibai anak tapi membentuk dn warnai kehidupan anak2 mmg perlu dari rebung la, saudara..kalau dah jadi separuh rebung dan buluh maka seperti generasi muda skrg la..sifat hormat pun dah ketepi..Sayang anak tak semestinya sentiasa belai dan tidak pula cara diktator..Masing2 punya cara trsendiri la membentuknya tapi tidak sampai mendera..begitu juga soal nafkah..itu sebenarnya komitmen dan rahsia rumahtangga yg tersendiri..Masing2 pasangan membina Masjid atas perjanjian dan persetujuan bersama dlm kehidupan suami isteri..Kita pihak.luar tak pasti sebenarnya apa yg berlaku dalam intipati dn perjanjian serta tolaransi keadaan pasangan tu..Jadi kita tak wajib dan perlu jatuhkan hukum okay..Masing2 ada cara kehidupan masing2 membina keluarga yg bahagia..Tak perlu la soal nafkah dan isi rumahtangga kita war2 kan dalam media..se olah2 nak meraih simpati pada umum yg bukan jaminan keluarga akan bahgia…Maaf ya atas pendapat saya ni..
Aik nak menyelit ke ellie
Berpegang tali Allah? Adakah betul konsep yg dibawakan Farid Kamil ni kalau dah smpai tibai anak sendiri..huhu
Kaizam 75, Ada cara nak discipline anak, tapi tak sampai tibai anak sampai anak trauma. Yang sokong ni, mesti old school huhuhu. Dahla anak pompuan.
Allahuakbar nmpk sgt Diana NI yg tergila2 NAK bercerai X Ada strong reasons pun! Nanti menyesal, jika SUAMI Tu seorang yg baik jgn sengaja2 Cari sebab utk BERCERAI! Sudahnya nanti dpt yg lebih teruk! Semuga Allah memberi kekuatan kpd Farid, orang yg baik mmg Allah bg ujian. Sudahlah KENA scam oleh kawan sendiri, pastu gelaran Dato ditarik, Job pun org X nak bg! Bini pulak buat perangai Allahuakbar semuga Allah menghadiahkan kebahgiaan buat kamu Farid Dan bertemu bidadari dunia hingga kesyurga, aunty doakan utk Farid Dan anak2 Aamiin ???
Ellie ni faham ke apabenda tali Allah tuu? Kdg org melayu guna bahasa jek bkn main warak mengalah org alim ulamak. Bkn perkataan yg jd ukuran tp akhlak tu yg sepatutnya jadi cermin perangai dan peribadi seseorang! Setakat bercakap burung gagak pun reti kalau kita ajar!!!!
kedang, bukan tergila nak bercerai, tapi tahap kesabaran, tahap ketaatan, tahap bertahan itu dah habis. DD bukan sempurna, dia ada diwaktu FK ada ditempat paling bawah dalam hidup satu ketika dulu, dia masih setia bertahan di belakang.
Tolong, jangan cakap seorang isteri itu tergila nak cerai, sebab kita sendiri tak tahu tahap bertahan kita di level berapa.
doa kan bebaik untuk mereka, untuk kita, untuk semua.
nak buat air apa eh jap lagi..tak ada idea da
ramai je nak menyibuk semua ni salah wartawan rotikaya
lepas ni aunty dah boleh ngorat si FK ni jd pengganti bekas suami
ellie ni masa nak bicarakan najib siap menjerit lagi kat mahkamah mempertahankan najib. Las las najib didapati bersalah oleh 3 mahkamah dia tak gi pun kepenjara kajang menjerit. Sekarang dia pertahankan parit kamel pulak. Jgn dengar cakap makcik ni sbb dia ni salah sokmo.