Ekoran apa yang terjadi terhadap pelakon dan pengarah popular Farid Kamil dalam tempoh dua hari ini, pelakon Ridzuan Hashim turut menceritakan pengalaman beliau berhadapan dengan perangai Farid Kamil di lokasi penggambaran.

Ridzuan Hashim mendakwa pada Rabu lalu yang Farid Kamil tanpa sebab telah menampar pipinya dan telah berlalu pergi tanpa memberikan sebarang penjelasan terhadap tindakan tersebut.


BACA: Mahkamah Arah Farid Kamil Ditahan Reman Empat Hari


“Kejadian berlaku jam 1.30 pagi pada 10 Januari lalu di studio milik Sofi Jikan ketika berlangsung penggambaran drama arahan Shuhaimi Lua Abdullah”

“Tidak semena-mena Farid menampar pipi kiri saya sampai jadi merah. Apabila saya jerit ‘Oi kenapa kau tampar aku’ dia terus berlari keluar meninggalkan premis yang menjadi lokasi penggambaran,” ujarnya kepada Harian Metro.



Ridzuan Hashim menambah yang beliau tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut kerana mereka sama sama kawan selain tidak mahu keluarga Farid Kamil tertekan.

“Ketika itu saya lihat dia seperti kebingungan. Kru dan pelakon lain menjadi saksi apabila saya menjerit namanya dan mereka juga melihatnya berlari keluar,” tambahnya lagi. (rtky/m)