Meskipun isterinya nekad untuk memfailkan cerai, pelakon Farid kamil sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kebahagiaan rumah tangganya. Menerusi satu podcast, Farid berharap dapat kembalikan semula kepercayaan isterinya .
BACA: “Pindah Rumah Secepat Mungkin” – Diana Danielle Halau Farid Kamil
View this post on Instagram
“Saya sayangkan isteri dan anak-anak sampai sekarang. Saya sanggup buat apa sahaja demi memenangi hati mereka. Itulah maksud keluarga bagi saya,” katanya.
Sementara itu, Farid sempat menitipkan pesanan buat anak-anaknya supaya tidak meninggalkan solat agar kehidupan diberkati.
“Baba (panggilan bapa) nak cakap dekat Muhammad dan Aurora, baba sayang anak-anak baba. Jangan tinggal sembahyang, ingat sembahyang selalu.
“Jalani kehidupan kalian dengan penuh ilmu agama di dada, barulah kalian berjalan dengan selamat dalam hidup dengan penuh fana,” katanya.