Farid Kamil Nafi Rumah Tangga Berantakan

Tiada angin tiada ribut, timbul desas-desus mendakwa rumah tangga pasangan selebriti Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle kononnya berantakan. Bagaimanapun, Farid menafikan perkara itu dan perkara yang disebarkan itu tidak masuk akal.

Menurut Farid, hubungan mereka suami isteri baik-baik sahaja dan sangat harmono. Malah Farid berkata Diana merupakan tulang belakang kekuatan dalam kehidupan meskipun berkali-kali dia ditimpa musibah.

BACA: Farid Kamil Khatam Al-Quran Dalam Masa 30 Hari Di Penjara

“Sebenarnya tiada apa yang berlaku, ia tidak seperti yang digembar-gemburkan. Diana sangat menyokong saya dari awal kenal, berkahwin sampai saya ditimpa malapetaka. Dia masih bersama dengan saya.

“Sesungguhnya dia dan anak-anak menjadi kekuatan saya untuk menghadapi masa-masa mendatang. Sukar untuk saya terjemahkan betapa beruntungnya saya memiliki Diana,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Farid melihat situasi yang dilaluinya daripada sudut positif. Ujarnya lagi, ada hikmah di atas apa yang berlaku dan mungkin ini adalah cara untuk Tuhan tunjukkan sesuatu padanya.

“Saya mengaku hukuman dilalui menerbitkan perasaan sedih, terkilan dan rasa ‘terbang’ jauh. Namun, saya mengaku ini adalah cara Tuhan menunjukkan sesuatu kepada saya.

“Saya kena lalui detik mencemaskan sebelum Tuhan memberikan sesuatu yang lebih baik. Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi,” tambahnya.

×