Agak kerap sekarang kita dengar kisah penghijrahan selebriti di'kaitkan dengan penyertaan sebagai ahli parti politik tertentu terutamanya pihak pembangkang.

Terbaru, Farah Asyikin yang sebenarnya sudah berhijrah sejak awal tahun ini di'kaitkan dengan penglibatan beliau dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Ironi'nya, penyanyi yang kini bergelar guru perbahasan & drama di sebuah sekolah ini menafikan penglibatan beliau secara langsung dengan PAS — melalui media rasmi PAS.

“Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam,” ujar Farah Asyikin kepada Harakah Daily di sebuah majlis anjuran PAS.

Farah Asyikin turut meluahkan yang beliau tidak risau akan persepsi orang ramai tentang penghijrahan beliau selama ini & menyertai parti politik merupakan hak peribadi.

“Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru.  Bagi saya, saya suka Islam,” tambah beliau lagi yang pertama kali mengikuti sebuah majlis anjuran PAS kelmarin.

zp8497586rq