Isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meminta pelawak itu agar memberikan kerjasama dalam urusan pendaftaran pernikahan mereka sebelum anak mereka lahir pada Jun depan.
Memetik mStar Online, Fara berkata jika perkara itu tidak diselesaikan anak yang bakal lahir itu tidak dapat berbintikan dengan nama Shuk.
BACA: Shuk Sahar Cerai Isteri Talak Satu Melalui Panggilan Telefon Di Siam
“Memang kami dah bercerai cuma sekarang saya dalam fasa mahu mendaftarkan perkahwinan kami di Malaysia. Saya mahu anak saya berbintikan nama bapanya, jadi saya kena selesaikan pendaftaran perkahwinan kami kemudian baru saya selesaikan pengesahan cerai pula,” katanya.
Sementara itu, Fara berkata dia tidak menyangka suaminya akan menceraikannya melalui panggilan telefon serta terkilan kerana tidak mahu berbincang.
“Cuma saya tak sangka dia akan ceraikan saya dengan cara macam itu. Kalau betul matang, mestilah tahu adab bercerai, jumpalah keluarga dan berbincang. Saya ada terkilan dan kesal disitu,” katanya.
Fara berkata sebelum ini mahkamah sudah menetapkan tarikh proses pengesahan perkahwinan mereka namun Shuk tidak hadir. Kemudian mahkamah sudah tetapkan tarikh baru dan maklumkan melalui orang tengah.
“Untuk pendaftaran ini kalau dia datang sekali pun sudah cukup dan yang lain tak mengapa saya uruskan,” katanya.
April lalu, Fara mendedahkan dia telah diceraikan oleh Shuk dengan talak satu menerusi panggilan telefon melalui aplikasi WhatsApp. Difahamkan, panggilan itu didakwa dibuat Shuk Sahar bersama sebuah agensi pernikahan di Thailand.
SUMBER: mStar Online