Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.40)
Presiden Seniman, Harun Salim Bachik menafikan yang beliau akan meletak jawatan tetapi mengaku kecewa dengan kepimpinan beliau. – mStar Online
Bekas isteri Ashton Kutcher, Demi Moore telah di’kejarkan ke hospital semalam selepas beliau mengalami tekanan melampau akibat masalah peribadi. Selain kini semakin kurus. – Splash News
Model terkenal yang juga isteri kepada Orlando Bloom, Miranda Kerr dalam persalinan superhero Wonder Woman. Tiada kata dapat membayangkan betapa awesome‘nya wanita ini. – Too Fab
Angelina Jolie berkata beliau tidak kisah untuk berhenti berlakon & tumpukan sepenuh perhatian kepada kerja kerja belakang tabir. – Wonder Women
Sedikit berita K-pop, ahli kumpulan Wonder Girls, Sohee kini di’khabarkan sedang bercinta dengan salah seorang ahli kumpulan 2AM, Seulong. – allkpop