Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.371)

VIDEO HARI INI: Kalau anda sudah menonton The Great Gatsby, pastinya anda terpukau dengan set & latar belakang filem ini. Ini rahsianya.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Adi Putra tidak menafikan sikap romantik yang ditunjukan di dalam drama 20 episod Teduhan Kasih yang berakhir kelmarin itu sedikit sebanyak di’lahirkan dalam diri sebenarnya dalam dunia nyata. – Murai

Pelakon popular Hollywood Tom Cruise khabarnya telah menulis sepucuk surat yang penuh emosi kepada bekas isterinya, Katie Holmes dengan harapan mampu selesaikan ketegangan antara mereka. – DNA

Aktor yang popular menerusi Twilight, Robert Pattinson di’lihat memandu sekitar Los Angeles baru baru ini bersama cucu Elvis Presley, Riley Keough & menimbulkan gossip mereka kini bercinta. – People

Laporan laman gossip menyebut yang pelakon Lee Na Young dan Won Bin kini sedang bercinta selepas mereka di’dapati menghabiskan masa lebih lapan kali bersama dalam tempoh sebulan lalu. – Soompi

Kim Kardashian & Kanye West di’laporkan menolak tawaran sebanyak US$3 juta dari sebuah majalah untuk menjadi yang pertama memaparkan wajah anak sulung mereka berdua, North West. – US Weekly

×