fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.324)

VIDEO HARI INI: Demi menghormati kemunculan filem terbaru Iron Man 3 di pawagam seluruh dunia, Cinema Sin tampil dengan apa yang tidak kena dengan siri filem itu sebelum ini. Heh.

Tidak mendedahkan wajah anak menurut petua orang orang tua, Ning Baizura bakal mengadakan sidang akhbar khas 9 Mei ini memperkenalkan Ryan Sky Dalton kepada media dan peminat. – Murai

Kehadiran Selena Gomez di Oslo, Norway bukan sekadar kebetulan kerana beliau & Justin Bieber di’khabarkan bercumbu di belakang pentas konsert dan memungkinkan mereka untuk kembali bersama. – US Weekly

Bintang Iron Man 3, Gwyneth Paltrow telah pun di’nobatkan oleh majalah People sebagai World’s Most Beautiful Woman untuk tahun 2013 & berkata beliau seorang yang selekeh di’rumah. – Just Jared

Penyanyi Shakira berkata proses untuk menurunkan berat badan kembali ke bentuk asal selepas bersalin tiga bulan lalu untuk menjadi juri The Voice memang satu proses yang penuh tekanan. – People

Sepanjang tempoh setahun sehingga Mac 2013 ahli kumpulan miss A, Suzy telah menandatangani sebanyak 21 kontrok sebagai duta pengiklanan yang mungkin bernilai lebih US$10 juta. – Soompi