fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.323)

VIDEO HARI INI: Chris Hemsworth dan Natalie Portman kembali semula ke layar perak untuk filem sekuel Thor: The Dark World yang akan menemui anda semua November 2013.

Bintang Paling Popular ABPBH 2012 yang lalu, Shaheizy Sam berkata beliau akan menghadiahkan set barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM150,000 kepada ibunya. – mStar Online

Selepas gambar buruk beliau ketika persembahan Super Bowl tersebar di’internet, BeyoncĂ© telah mengambil keputusan haramkan jurugambar professional untuk hadir ke konsert jelajah beliau. – Inquisitr

Belum pun reda berita tentang pengeboman di Boston, Jennifer Lopez berkata dalam satu temubual yang beliau melihat ada potensi kisah di’sebalik tragedi berdarah itu untuk di’jadikan filem. – ET

Laporan rasmi dari Youtube menyebut yang video muzik Psy, Gentleman telah memecahkan rekod dengan tontotan sebanyak 38 juta dalam tempoh sehari & kini sudah mencecah hampir 210 juta. – Huff. Post

Kalau sudah namanya selebriti Hollywood, pertukaran kecil pun boleh menjadi berita. Ini kisah baru Jennifer Lawrence yang telah tampil dengan potongan rambut lebih pendek & tetap menawan. – Just Jared