fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.302)

VIDEO HARI INI: Dengarkan video klip terbaru “Salam Semua” nyanyian Aaron Aziz bersama kumpulan Sleeq. Di dalam video tersebut juga memperlihatkan kemunculan pertama isteri merangkap pengurus Aaron Aziz sendiri, Diyana Halik. Lagu dan videonya memang ngam!

Selepas kejayaan besar yang dikecapi Dain Said menerusi “Bunohan” , beliau kini sibuk mengolah idea untuk filem terbarunya yang bergenre thriller dengan menggunakan elemen penyiasatan sebagai rencah utama. – Sinar Harian

Hubungan Dato’ Siti Nurhaliza bertambah mesra dengan suaminya selepas kemalangan yang melanda Dato’ K baru-baru ini disebabkan masa yang diluangkan oleh Siti hampir 24 jam sekarang. – mStar Online

Salah seorang anggota kumpulan Girl Generation’s Sooyoung memberi amaran kepada peminatnya mengenai individu yang tidak bertanggungjawab membuat akaun palsu dan menyamar menjadi dirinya. – Allkpop

Pelakon yang juga isteri kepada pelawak Adlin Aman Ramli, Emelda Rosmila tidak mahu bercerita lanjut mengenai kisah anak angkatnya yang kini berusia dua tahun. – Kosmo

Pasti bagi anda yang sememangnya mengikuti cerita Oh My English! musim pertama lebih teruja apabila untuk musim yang terbaru menampilkan Aaron Aziz sebagai cikgu Pendidikan Jasmani, turut sama membintangi bagi musim kedua ini adalah Tiz zaqyah dan juga Lisa Surihani. – Astro Awani