fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.282)

VIDEO HARI INI: Anda rasa filem Inception cukup hebat? Ini video dari Cinema Sins menunjukkan semua perkara yang tidak kena dalam filem ini dalam masa 4 minit. Fikirkan semula. Heh.

Bukan Malaysia sahaja artis ada masalah dengan pereka fesyen. Lindsay Lohan di’khabarkan telah memulangkan semula baju bernilai US$1,750 kepada pereka’nya dalam keadaan yang sadis. – US Weekly

Nampaknya Jackie Chan juga berminat dengan k-pop, pelakon ini bakal mempunyai kumpulan k-pop sendiri di’bawah syarikat beliau Jackie Chan Korea dengan nama Double JC. Double Jackie Chan? – allkpop

Tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar isu pertunangan beliau seakan memakan diri sendiri selepas lebih banyak kekeliruan yang timbul dan Fizz Fairuz terus melarikan diri dari media. – mStar Online

Setiap kali munculnya fenomena seperti Gangnam Style dan terbaru Harlem Shake, pasti anda tertanya bagaimana artis berkaitan menerima imbuhan dari populariti karya mereka. Ini jawapan’nya. – TIME

Lady Gaga telah menulis sepucuk surat melalui laman rasmi beliau yang khas buat para peminat yang menyokong selama ini sebelum menjalani pembedahan akibat cedera di pangkal peha. – Huff. Post