fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.281)

VIDEO HARI INI: Anda pasti pernah mendengar projek penuh harapan bernama Google Glass dan ini buat pertama kali di’tunjukkan antaramuka pengguna melalui gajet ‘masa hadapan’ ini. Awesome!

Kepada peminat Norah Jones yang sentiasa berimpi untuk menyaksikan penyanyi ini dalam konsert secara live, konsert di Singapura 27 Februari ini merupakan peluang terdekat untuk anda. – Sistic

Persatuan Seniman melalui Zahrin Ishak meluahkan rasa kecewa dengan Sharnaaz Ahmad yang di’katakan enggan bekerjasama untuk selesaikan masalah dengan pengarah filem Darah Panas, S Baldev. – Yahoo!

Ini bukan berita & sekali sekala kami ingin letakkan pautan ke galeri gambar dan kali ini ianya giliran Selena Gomez, Vanessa Hudgens dan Ashley Benson di tayangan perdana filem Spring Breakers. – Just Jared

Lagu baru SISTAR19, Gone Not Around Any Longer berjaya mendominasi hampir semua carta muzik pop Korea & kini mereka melancarkan di’sebalik tabir pembikinan video muzik lagu tersebut. – Soompi

Dek kerana tiba awal di United Kingdom untuk menghadiri Brit Awards, Justin Bieber telah menghabiskan masa yang ada untuk keluar berparti dengan rakan baiknya Will.i.am baru baru ini. – Splash