fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.278)

VIDEO HARI INI: Apa terjadi jika Vince Vaughn dan Owen Wilson pergi ke Google untuk buat latihan industri selepas mereka kehilangan kerja di’dunia serba moden ini. The Internship di pawagam 7 Jun 2013 (USA).

Buat pertama kalinya secara terbuka Beyonce telah mendedahkan wajah anak pertama beliau bersama Jay-Z, Blue Ivy Carter dalam dokumentari beliau Life Is But a Dream di HBO. – Just Jared

Gambar terbaru mendedahkan cincin terbaru di jari manis Katy Perry yang timbulkan gossip sama ada penyanyi ini sudah pun bertunang dengan kekasihnya, John Mayer pada Hari Kekasih yang lalu. – US Weekly

Sharnaaz Ahmad tampil melalui akaun Twitter beliau menempelak media yang suka memutar belit kenyataan yang di’berikan beliau sebelum ini berkaitan hubungan dengan Shila Amzah. – Sinar Harian

Pelakon, Song Joong Ki telah membeli sebuah kereta sedan mewah sebagai hadiah kepada pengurus beliau yang telah setia bersama sejak bermulanya karier sehingga ke hari ini. Aww. – Soompi

Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan akan membuat kajian khusus berhubung perjalanan karier & usaha pelakon veteran Allahyarham Kuswadinata supaya boleh dicontohi generasi hari ini. – Bernama