Ya, atas permintaan ramai segmen harian ini kembali.
Calon anugerah Oscar, Bradley Cooper khabarnya sedang berbincang dengan penerbit J.J Abrams akan kemungkinan beliau untuk memegang watak Lance Amstrong dalam filem biografi nanti. – Guardian
Kerana ingin mendalami watak Steve Jobs yang di’bawa, Ashton Kutcher telah di’masukkan ke hospital selepas mengikut diet ketat dengan hanya memakan buah buahan, kacang & bijirin. – The Wire
Filem yang menerima lapan pencalonan Oscar termasuk Filem Terbaik, Les Misérables memecah angka US$300 juta dalam kutipan wayang seluruh dunia menjadikan ianya filem muzikal keempat terlaris. – THR
Jika Pepsi memiliki Beyonce sebagai wajah produk mereka, Coca Cola khabarnya telah pun berjaya mendapatkan Taylor Swift untuk mempromosi Diet Coke keluaran mereka. – Ad Age
Irwansyah & isterinya, Zaskia Sungkar telah di’sahkan tidak mengambil sebarang dadah ekoran tangkapan di rumah Raffi Ahmad dan menyatakan yang tujuan kehadiran mereka ketika itu atas urusan perniagaan. – detikHot