Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.222)
Penyanyi yang popular dengan lagu You’re Beautiful, James Blunt di’khabarkan akan meninggalkan dunia muzik buat sementara waktu untuk perkara lain. Bersara? – Daily Mail
Di’khabarkan bakal bersara awal bulan ini, Evander Holyfield berkata yang beliau akan kembali ke gelanggang tinju untuk kejuaraan dunia pada usia 50 tahun. Perlu bersara. – TMZ
Pelakon Izreen Azminda menafikan yang beliau mempunyai masalah disiplin tetapi tidak dapat memenuhi undangan baru baru ini kerana masalah kesihatan beliau. – mStar Online
Sah bergelar isteri kepada Justin Timberlake pada 19 Oktober lalu, Jessica Biel (gambar) di’lihat buat pertama kali keluar berjalan dengan memakai cincin perkahwinan. – US Weekly
Aizat baru sahaja pulang dari London selepas mengikuti kursus pendek di Garnish School of Music & kini bersedia gunakan ilmu yang di’timba untuk kerja seni muzik beliau. – GUA
VIDEO HARI INI: Jika anda peminat permainan komputer Need For Speed, video adegan kejar mengejar menggunakan R/C car ini pasti akan menjadi kegemaran anda.