fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.218)

Ini dia penangan kalau sudah bergelar superstar. Lagu terbaru Taylor Swift berjudul State of Grace mengambil masa kurang 24 jam untuk ke tangga pertama carta iTunes USA. – MTV

Hero anda semua ketika kecil, Hulk Hogan kemuka tuntutan ganti rugi berjumlah US$100 juta terhadap seorang DJ, isterinya & laman web Gawker kerana rakaman seks beliau. – Sky News

Berita kurang baik untuk peminat superhero ini. Filem Robocop yang di’jadual keluar pada Ogos 2013 telah di’tunda sehingga Februari tanpa sebarang sebab oleh Sony Pictures. – Huff. Post

Kami jadi keliru pula. Bercakap kepada sebuah portal hiburan, Hans Isaac menafikan pula yang beliau mempunyai hubungan serius dengan Neelofa apatah lagi bercinta. Huh? – GUA

Khabar awal menyebut yang Scarlett Johansson (gambar) kini telah kembali solo selepas berpisah dengan kekasih eksekutif pengiklanan, Nate Taylor dan anda kini boleh berangan untuk memikat hati beliau. Pffft. – Hindustan Times

VIDEO HARI INI: Kami tidak pasti sama ada lagu ini sudah bermain di radio tempatan namun Locked out Of Heaven oleh Bruno Mars semakin mencuri perhatian para peminat dan ini video muzik rasmi yang keluar kurang 24 jam lepas — berkonsepkan old school fun. Jadi, enjoice!