fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.215)

Komik ikonik karya Charles Schulz, Peanuts akhirnya bakal di’keluarkan sebagai sebuah filem animasi oleh Blue Sky Studios & akan ke pawagan pada November 2015. – TIME

Tahukah anda sekiranya James Bond (gambar) benar benar wujud sekarang ini, perisik 007 ini akan membelanjakan wang rakyat Britain sebanyak US$5.7 juta. Wow! – Mashable

Pemerhati berpendapat lagu terbaru Kanye West berjudul White Dress ada sentuhan penyanyi itu ketika awal awal terlibat dengan dunia muzik dan lebih penting ianya berkaitan dengan perkahwinan. Bersediakah Kim Kardashian? – Huff. Post

Satu laporan menyebut yang komputer riba dan kamera milik Justin Bieber telah di’curi ketika melakukan persembahan di Washington & masih tiada gambar bogel tersebar. – The Frisky

Bakal tampil dengan dua filem tidak lama lagi di’bawah arahan Ahmad Idham, Hazama bagaimanapun tidak bercadang untuk menjadikan lakonan sebagai karier utama. – mStar Online

VIDEO HARI INI: Oh kami harap kami akan di’bayar untuk kongsikan video ini bersama anda. Heh. Video hasil kreatif KIX ini menunjukkan suasana sekitar pembukaan H&M di’Malaysia beberapa minggu yang lalu. Epik!