fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.205)

Hari ini giliran ulangtahun kelahiran buat Avril Lavigne yang kini berusia 28 tahun dan apa kejutan yang akan tunang tersayang, Chad Kroeger sajikan nanti. Cincin mahal lagi? – E!

Ini pula kelahiran baru ke dunia, Reese Witherspoon (gambar) telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang di’berikan nama Tennessee James & ini anak ketiga beliau. – Too Fab

Kami mahu terjun tingkap sekarang boleh? Lil’ Wayne telah pun berjaya mengatasi rekod Elvis Presley dalam kiraan lagu terbanyak berjaya ke carta Billboard Hot 100. – Huff. Post

Setelah berjaya memenangi Asian Wave 2012, Shila Amzah terus di’pikat komposer Eric Moo yang terkenal di China untuk menjadi artis pembuka konsert’nya di’sana nanti. – The Star

Demam realiti TV di Indonesia nampaknya masih kuat apabila RCTI bersetuju untuk membawakan program realiti TV popular ciptaan Simon Cowell, X Factor Indonesia. – Kapan Lagi

VIDEO HARI INI: Siapa belum pergi Legoland? Boo. Ini sebuah video yang menunjukkan rekaan Lego yang mengambil inspirasi Foster The People bersama lagu hits mereka, Houdini.