fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.204)

Hari pertama tayangan dan sudah ada adegan dalam filem Hantu Kapcai yang di’katakan bakal mencetuskan kontroversi dan menyentuh soal sensitif Islam. – mStar Online

Kami sahaja atau anda pun perasan yang wajah Will Smith seakan tidak berubah dari tahun 90’an sehingga ke hari ini dan selamat hari lahir yang ke 44 buat beliau. – Buzz Feed

Laporan terbaru menyebut yang pasangan ini sudah kembali pulih seperti sebelum ini & Robert Pattinson kini pun sudah berpindah untuk tinggal bersama Kristen Stewart. – US Weekly

Ouch. Selepas sah berpisah dengan Tom Cruise, Katie Holmes (gambar) kembali menjalin hubungan dengan bekas kekasih, Joshua Jackson yang turut membintangi Dawson’s Creek ‘tika mereka sama sama muda dahulu. – Channel 24

Kerana ramai pemerhati hiburan mula mengatakan yang beliau sudah berisi, Lady Gaga mengirimkan gambar dengan hanya berpakaian dalam sebagai reaksi. Heh? – The Superficial

VIDEO HARI INI: Video kompilasi kegagalan umat manusia sepanjang September 2012 untuk hiburan anda. Enjoice!