fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.202)

Pengarah filem Untuk Tiga Hari, Afdlin Shauki menyarankan semua pihak termasuk Mufti Perak untuk menonton filem tersebut sebelum menghukum sesiapa yang terlibat. – Murai

Bukan sahaja memiliki satu, tetapi Kanye West khabarnya kini memiliki dua video seks yang sedang di’jaja kepada pembeli dengan harga tertinggi. Sumpahan Kim Kardashian? – TMZ

Tidak mahu menyentuh keputusan, saksikan gaya selebriti Hollywood yang hadir ke Emmy Awards 2012 yang berlangsung semalam, temasuk Zooey Deschanel (gambar). – Huff. Post

Peminat Wolverine, gambar hasil pertama untuk filem terbaru superhero tersebut The Wolverine telah keluar dan ya, Hugh Jackman masih nampak berbisa tanpa baju. Heh. – Just Jared

Dan, khabar gembira mula kembali. Bradley Cooper di’lihat keluar dari kediaman Zoe Saldana hujung minggu lalu & telah menguatkan andaian yang mereka kembali bersama. – ES

VIDEO HARI INI: Lelaki ini wajar di’berikan gelaran Bapa Tahun Ini apabila merakamkan dokumentari ringkas tentang perjalanan permainan kegemaran anak’nya ke angkasa lepas.