fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.198)

Buat pertama kali dalam jangkamasa yang agak lama, Dato’ Siti Nurhaliza akan tampil dengan konsert solo dendangkan 20 buah lagu pada 9 November di Kuantan. – NST

Lama tidak mendengar kisah sensasi selebriti ini dan semalam media Hollywood menyiarkan gambar terbaru Selena Gomez (gambar) dalam bikini. Amaran: NSFW – The Superficial

Pengarah filem veteran, Othman Hafsham di’khabarkan telah bertindak agresif & meninggikan suara di satu majlis semalam meminta semua pihak dalam industri hiburan untuk bersatu dan berhenti di’tindas oleh ‘pemain besar’ industri. – mStar Online

Usher & Shakira telah di’sahkan akan mengambil tempat Christina Aguilera & juga CeeLo Green dalam program nyanyian The Voice pada musim ke 4 yang akan datang. – CNN

Sedikit hiburan ringan jika tidak sabar untuk hidup di’masa hadapan. Ini rendisi oleh pakar forensik bagaimana Justin Bieber & anggota One Direction kelihatan dalam masa 60 tahun daripada sekarang. Ia’nya sains, mesti tepat. – Buzz Feed

VIDEO HARI INI: Selepas 9 bulan menyepi dari sebarang video baru, siri Youtube Shit Girls Say kini kembali dengan episod ke 4 untuk mempromosikan buku dengan tajuk yang sama. Yeah, masih kelakar seperti sebelum ini. Heh.