Kita sudah terbiasa dengan imej seksi selebriti ini namun satu set gambar artistik menunjukkan Miranda Kerr (gambar) bogel muncul di’internet hasil karya jurugambar Perancis, Laurent Darmon. Nor Safe For Puasa. – Anything Hollywood
Pendakwah bebas, Akhil Hayy menasihatkan artis yang baru berhijrah supaya tidak menjadi mangsa ahili politik yang pandai menggunakan keadaan untuk kepentingan mereka. Memang kena masa’nya nasihat ini keluar. – mStar Online
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memuji lakonan Anne Hathaway dalam filem The Dark Knight Rises dan turut menyatakan yang Catwoman lakonan aktress itu merupakan elemen terbaik dalam filem itu. – Huffington Post
Selebriti bimbo rasmi Hollywood, Paris Hilton di’lihat mesra bersama seorang lelaki misteri di sebuah pantai di Perancis dan sumber mengatakan lelaki ini merupakan ahli perniagaan berjaya dari Eropah. Hmm. – TMZ
Sensasi muzik pop Korea Selatan, Super Junior telah berjaya mencatatkan jualan album sebanyak 200,000 untuk Sexy, Free & Single dan merupakan yang pertama untuk tahun ini untuk mana mana artis di Korea. – allkpop
VIDEO HARI INI: Selalu video pilihan kami akan datang dari luar negara namun demi Lee Chong Wei, ini video yang merupakan suara seluruh rakyat Malaysia. Sekali lagi, terima kasih.