Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.152)
Remy Ishak dalam kenyataan terbaru menyebut yang beliau merasa tersinggung hati dengan tuduhan mengatakan beliau seorang yang panas baran & menganggap tuduhan itu sebagai satu tuduhan nakal. – mStar Online
Walaupun kini sedang berhadapan dengan permohonan cerai, Tom Cruise ada sebab lain untuk tersenyum apabila bergelar pelakon termahal Hollywood hari ini selepas menerima US$75 juta sepanjang setahun lalu. – CBC
Baru sahaja sehari membuka tayangan di’pawagam, The Amazing Spider-Man sudah pun memecahkan rekod kutipan pembukaan hari Selasa dengan US$35 juta mengalahkan Transformers (2007) yang mengutip US$27.8 juta. – Deadline
Dek kerana Hollywood pun tidak mahu senyap tentang isu penceraian pasangan ini, ini artikel khas mengimbas kembali sembilan kenangan terindah antara Tom Cruise & Katie Holmes (gambar) sepanjang mereka bersama. – Fox News
Entah kerana lapar atau buang tabiat, Nicki Minaj telah berkunjung ke sebuah restoran makanan segera selepas persembahan beliau di Manchester & memesan makanan bernilai US$5,000. – Mail Online
VIDEO HARI INI: Kecut juga perut kami apabila menonton video ini. Ini merupakan permainan mereka yang berhati kering & berani tahap maksima — perlumbaan manusia terbang.