fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.151)

Satu hari nanti apabila Aaron Aziz sudah tua dan tidak mampu berlakon seaktif sekarang, mungkin anak beliau boleh menjadi fenomena baru dunia hiburan & pelakon popular itu tidak akan menghalang pilihan karier mereka. – mStar Online

Seperti biasa, baru sahaja menggapai populariti Carly Rae Jepsen (gambar) yang popular dengan lagu Call Me Maybe kini di’kaitkan dengan beberapa gambar lucah yang sedang tersebar di internet. Dan, itu bukan beliau. – TMZ

Dengarkan perbualan telefon antara seorang DJ radio & Justin Bieber baru baru ini yang menyebabkan bintang remaja itu melenting dan memutuskan panggilan hanya kerana gurauan manja berkaitan Justin Timberlake. – Huffington Post

Perkembangan terbaru kes pencerai berprofil tinggi ini. Katie Holmes di’khabarkan tidak akan menerima pampasan tinggi daripada Tom Cruise kerana perjanjian sebelum perkahwinan banyak berpihak kepada lelaki. Jadi, tiada US$15 juta. – TMZ

Peminat Super Junior mungkin sudah tahu perkara ini jauh lebih dahulu tetapi sensasi muzik K-pop ini baru sahaja melancarkan video muzik lagu terbaru mereka berjudul Sexy, Free & Single. Bersedia untuk menjadi kagum. – allkpop

VIDEO HARI INI: 2 Ogos ini, filem pembikinan semula dari filem hits tahun 1990, Total Recall akan ke pawagam. Mampukah Colin Farrell & Kate Beckinsale mengulangi sejarah?