fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.134)

Selepas beberapa minggu tanpa filem box-office, minggu ini menyaksikan penguasaan filem Prometheus dan Madagascar 3 dengan kutipan awal yang di’jangka mencecah US$54 juta & US61 juta masing masing. – THR

Miley Cyrus (gambar) di’khabarkan bercerita kepada teman tentang amalan beliau yang sanggup membayar US$25,000 setiap bulan untuk jurulatih peribadi selain menerbangkan jurulatih itu ke mana sahaja beliau pergi. – Business Standard

Hujung minggu lalu, Lindsay Lohan telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya dengan melanggar belakang sebuah lori bertayar 18 dan pemandu lori itu kini menyalahkan selebriti itu atas apa terjadi. Eh, bukan lain kisah’nya? – TMZ

Selepas beberapa kali tertangkap di lensa kamera tersarung di’jari sebentuk cincin misteri, Jennifer Lopez hari ini pantas menafikan sebarang khabar angin yang mengatakan beliau bakal bertunang, apatah lagi berkahwin. – People

Ini pengakuan ikhlas tahap epik. Chris Martin berkata Coldplay tidak mungkin sesekali berkolaborasi dengan Justin Bieber kerana bimbang akan kelihatan tua dalam video muzik. – The Sun

VIDEO HARI INI: Ini boleh jadi filem animasi paling akan kami tunggu untuk tahun 2012 ini. Wreck It Ralph melancarkan trailer pertama mereka & nampak sangat, sangat menarik.