fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.104)

Awal hari ini, media Hollywood di’sajikan dengan dua keping gambar eksklusif yang merupakan sedutan dari filem terbaru Quentin Tarantino yang berjudul Django Unchained. Leornado DiCaprio tampak badass. Maaf. – Entertainment Weekly

Dalam perkembangan dunia filem juga, The Dictator yang di’bintangi oleh Sacha Baron Cohen telah melancarkan klip sepanjang 2 minit yang menunjukkan adegan pembukaan filem tersebut. Boleh pergi jauh. – Just Jared

Aktress Hollywood, Katherine Heigl (gambar) dan suami di’khabarkan telah mengambil anak angkat kedua mereka baru baru ini selepas anak angkat sulung mereka genap berumur 3 tahun. Bila mahu ada anak sendiri? Heh. – CNN

Justin Bieber dalam satu sidang media di London telah menyinggung perasaan rakyat Indonesia dengan memanggil negara mereka sebagai ‘some random country’ yang menjadi lokasi salah satu lagu terbaru beliau di’rakamkan. – Fox News

Scha al-Yahya yang bakal mengahwini Awal Ashaari bulan hadapan di’khabarkan risau dengan masa hadapan beliau selepas berkahwin nanti — takut produser tidak ambil berlakon. – mStar Online 

Video Hari Ini: Ini bukan untuk pengetahuan peminat sahaja, namun penggiat industri boleh belajar sebarang dua perkara dalam video bertajuk The Art of Film & TV Title Design. Ada 7 minit terluang?