Kami tahu ramai antara anda belum masuk pejabat, tetapi kami tidak pernah tinggalkan pejabat kami. Jadi, ini edisi khas kompilasi berita hiburan untuk anda.

Restoran milik Jay-Z, 40/40 yang baru sahaja kembali di’buka baru baru ini telah di’arahkan untuk kembali menutup operasi kerana tidak mematuhi piawaian kod kesihatan. – News AU


Kisah mengejutkan Hollywood, pasangan suami isteri Seal & Heidi Klum (gambar) telah mengesahkan berita yang mereka akan berpisah selepas berkahwin selama 7 tahun. – CBS News

Ada dengar yang Megaupload kini sudah di’tutup operasinya? Pengasas laman perkongsian fail tersebut, Kim Dotcom mempunyai beberapa fakta aneh untuk tatapan & hiburan anda semua. – Buzz Feed

Kalau anda masih peduli akan selebriti seberang yang entah kenapa popular, sekarang ini tengah heboh di Indonesia yang mana gambar Manohara Odelia Pinot bersosial sudah tersebar. Yawnn. – Kapan Lagi

Anak gadis Jim Carrey yang kini berusia 24 tahun turun ke lokasi ujibakat American Idol untuk mencuba nasib — boleh tahan berbakat. – Too Fab