fbpx

Fahmi Minta MCMC Ambil Tindakan Bersesuaian Video Aliff Syukri

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung klip video yang dimuat naik usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri di media sosial.

Memetik Sinar Harian, Fahmi berkata dia menerima banyak komen daripada pengguna media sosial yang meminta mengambil tindakan berhubung klip vide berkenaan yang menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

BACA: “Lagu Raya Saya Tahun Ni Tak Ada Pun, Saja Sakat Korang, April Fool”

“Saya telah menonton sebahagian video yang telah dimuat naik dan saya telah minta MCMC untuk meneliti perkara ini dan mengambil tindakan bersesuaian…

“…tetapi pada masa sama, ramai yang mungkin mengambil maklum keputusan Datuk Seri Aliff Syukri untuk tidak memuat naik (klip penuh) video tersebut. Buat masa ini, kita biarkan dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi turut menasihati pempengaruh media sosial supaya menghasilkan kandungan yang sesuai dengan semua lapisan umur terutama kanak-kanak.

“Kita perlu memikirkan kandungan yang kita hasilkan dengan lebih mendalam sama ada sesuai memandangkan pada waktu ini, kita tidak tahu (sama ada) yang menonton kandungan itu berumur 90 tahun, 19 tahun atau sembilan tahun,” katanya.

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila Aliff Syukri memaklumkan dia bakal melancarkan lagu raya berjudul Love Raya serta memuat naik klip video dipercayai lagu berkenaan.

Bagaimanapun, Aliff telah pun memohon maaf serta memadam video berkenaan selepas dikecam teruk oleh netizen serta menerima teguran terbuka daripada ibunya.

SUMBER: Sinar Harian