Eyka Farhana Sah Bergelar Isteri Akhyar Rashid

Pelakon Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid dalam majlis serba indah yang berlangsung pagi tadi.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung secara sederhana yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

BACA: Eyka Farhana Harap Dapat Jadi Isteri & Ibu Yang Baik

Dalam majlis itu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana menerima mas kahwin sebanyak RM3,200 dari Akhyar.

Untuk rekod, pasangan itu bertunang pada 4 Ogos tahun lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.

×