fbpx

Erynne Erynna Umum Dah Bercerai, Perkahwinan Hanya Bertahan 5 Tahun

Pelakon Erynne Erynna memaklumkan rumah tangganya bersama suaminya, Afify Sazali sudah pun berakhir.

Menerusi perkongsian di Instagram, Erynne berkata jodoh mereka tidak panjang dan reda dengan takdir yang telah ditentukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna)

Sementara itu, pelakon berusia 27 tahun itu mengakui perceraian tersebut ada dugaan berat buat dirinya namun bersyukur bekas suaminya seorang yang bertanggungjawab pada anak mereka.

Dalam pada itu, Erynne berkata dia dan bekas suaminya akan melakukan yang terbaik untuk membesarkan anak mereka, Medinah dengan baik.

Erynne dan Afify mendirikan rumah tangga pada April 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Medinah kini berusia 4 tahun.