Pelakon dan penyanyi Erra Fazira mengakui sudah meninjau beberapa dewan acara namun belum membuat sebarang tempahan susulan timbul khabar angin majlis pernikahan dikatakan semakin hampir.
Memetik HibGlam, Erra turut menjelaskan dia berkunjung ke lokasi acara berkenaan atas ajakan kenalan yang mahu menunjukkan keistimewaan premis perniagaan mereka.
BACA: Mr E Mahu Segera Sunting Erra Fazira Sebagai Isteri
“Tidak dapat dinafikan ada desas-desus (kahwin), jadi kita sajalah tinjau tempat (dan) kawan-kawan pun bagi cadangan lokasi menarik. Mereka pun tahu kita dalam fasa berkawan yang membuatkan orang syorkan tempat (kenduri).
“Kami okey, ‘take note’ tapi macam saya katakan langkah seterusnya masih lagi memerlukan doa semua. Kami tak ‘locked’ pun dewan.
“Nak kata dekat tarikh (nikah) belum lagi, saya susah nak cakap. Benda ini (kahwin) serius. Kalau ye, famili tahu dah,” katanya.
Sementara itu, Erra mengakui banyak pihak menghubunginya untuk menaja perkahwinan mereka berikutan kecoh desas desus dia dan usahawan, Ezwan Zain bakal berkahwin.
“Apabila timbul khabar bakal berkahwin, banyak pihak ‘approach’ nak masuk (taja), tanya macam-macam. Kita terbuka, kalau nak kita dengar sahaja isi kertas cadangan tapi selebihnya adalah doa ramai.
“Apa pun saya syukur dan berterima kasih kepada yang berminat nak taja. Mungkin mereka dengar kami berkawan dah ke arah itu (kahwin), waullahualam,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila ada sumber mendakwa Erra dan Ezwan memilih Oktober 2025 sebagai tarikh hari bahagia mereka.
Sebelum ini, Ezwan mengakui bersedia untuk membawa hubungan rapatnya dengan Erra ke fasa perkahwinan. Ezwan berkata perkara yang baik boleh dicepatkan, malah dia dan Erra mempunyai matlamat hidup yang sama.
Sumber: HibGlam