Erma Fatima Tak Kisah Dikutuk Ambil Iqbal Zulkefli Berlakon
Dikecam teruk selepas menyertai program Big Stage, bagaimanapun, pengarah Erma Fatima mengambil tindakan berani menawarkan usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli berlakon.
Sedar bahawa tindakannya itu mengundang kecaman netizen, Erma berkata dia mempunyai sebab tersendiri menawarkan Iqbal berlakon.
BACA: Tiada Di Sidang Media Selepas Tersingkir, Iqbal Beritahu Tak Sihat
“Selama ini, saya melihat Iqbal terlalu kerap berlakon dalam media sosial. Jadi, saya nak juga tengok adakah Iqbal berbakat di depan kamera.
“Justeru, saya menawarkan Iqbal berlakon dalam drama baharu berjudul Perempuan Itu yang bakal disiarkan di kaca TV3,” katanya.
Bagaimanapun, Erma berkata Iqbal perlu menghadiri uji bakat terlebih dahulu selama dua hari dan usahawan itu lulus dalam ujian berkenaan.
“Iqbal perlu menghadiri sesi uji bakat terlebih dahulu. Keputusan boleh berlakon atau sebaliknya ditentukan oleh pengarah drama, Isma Yusoof.
“Nyata, menerusi sesi uji bakat selama dua hari, Iqbal sangat komited hadir ke sesi latihan dan lulus dalam ujian,” katanya.
Kata Erma lagi, Iqbal hanya akan diberi watak pembantu memandangkan dia masih baru lagi dalam dunia lakonan. Tidak takut dengan kecaman netizen kerana memilih Iqbal sebagai pelakon, Erma berkata ada perkara lain yang lebih ditakuti olehnya.
“Jujurnya, ramai menghantar mesej peribadi meminta saya tidak mengambil Iqbal berlakon. Saya sendiri tidak tahu apa dosa Iqbal kepada mereka.
“Cuma, apa yang membuatkan saya risau kemungkinan saya dijadikan bahan kandungan media sosial seperti yang pernah dilakukannya terhadap individu lain sebelum ini.
“Masa nak bincang mengenai tawaran ini, saya pun bimbang akan keluar cerita tidak enak di laman maya. Jadi, saya minta rakan menemani saya. Sebelum berlaku perkara sedemikian, saya awal-awal lagi sudah beri amaran kepada Iqbal,” katanya.
Difahamkan, penggambaran drama Perempuan Itu yang turut menampilkan Zul Ariffin dan Mimi Lana bermula esok.
- SUMBER
- BH Online
okla..rezeki berlakon plk
Dulu Alif habis Alif si Sajat, lps tu Diva, lps tu ada satu pondan yg aku x ingt nama tiba2 ni si balbul bal ni plak. Why benda ni hanya berlaku kt Malaysia terutama dlm market hiburan org melayu saja??? Kenapa negara paling kapitalis dlm dunia x buat benda2 mcm ni? Sampai bila benda ni akan berterusan??? Adakah generasi melayu akan dtg akan jd lebih korup dan sampah dari generasi hari ini sbb daya intelek dan pemahaman seni mrk akan jd lebih teruk dari generasi hari ini????
Manusia2 yg kapitalis paling korup tu jd pengarah, penerbit kt rancangan TV dan hiburan ni. Mrk pedulik apa dgn masa depan industri ni. Yg penting mrk dpt duit!
Alah sebab iqbal tgh hot skrg kan. Kau just take advantage dari itu sahaja thats all. Its all about the money!
Jangan sampai pergi ke negara jepun berlakon cerita org miskin2 dah la..
Kesian kt org melayu ni dlm politik mrk terperangkap dan tertipu dgn pergelutan kuasa diantara pemimpin2 melayu yg korup, yg dah tua bangka tp masih bercita2 nk jd pemimpin! Dlm bisnes org2 melayu sering diperdaya oleh peniaga2 tamak dan x bertanggungjawab yg nk cpt kaya dgn dilambakkan produk2 yg xde kualiti, dipakej semula tp dijual dgn harga yg sngt mahal. Dlm industri hiburan pun mrk terpedaya lg dgn org2 yg x bertanggungjawab mrnguruskan industri ini dgn membawa masuk kualiti bakat yg sngt memalukan dan menghina daya pemikiran para peminat dgn “drama2” yg berulang2 menagih simpati dan mengharapkan jiwa feudal taat sia2 org melayu utk sentiasa sokong mrk walaupun mrk x layak!
Yg bijak berckp sume nih..kutuk bangsa sndiri..cuba kluarkan lah karya2 ko yg bernas dan dpt menarik penonton di layar perak atau di kaca tv. Setakat berhujah di medsos kutok bangsa sndiri..baik ko serlahkan bakat ko sebenar tlg industri seni.
Nak tgk plak, karya ko bole pegi jauh ke..ade stesyen tv nak beli ke? Jemput masok lah.
Aku pinjam Diva AA punya quote “TUTOP TV”.
Hikayat Layar Lara 2022.
Penerbit sendiri bunuh industry seni lakonan.
Berjuta juta lebih afdal kalau amik pelakon pelakon lama. Hargai pelakon veteran lagi banyak faedah dari amik individu Viral yg orang tak hadap.
Individu Viral selayak layak tempatnya adalah di YouTube & Tiktok je bukan di Layar Perak.
Apa susah2 pasal Iqbal, biar lah dia beraksi 1, 2 minggu. Pas tu klo dah sah dia xleh nyanyi, singkirkn ajelah. Di situ lah trbuktinya rating dn keboleh dia x mncakupi expectation. Mudah saja kann…x prlu nk kata nista dia,simple aje kann.
Betul tu. Nak hamput mcm2..caci maki rezki die..ape salah die pd korang? Rezki Allah tu luas ats muka bumi. Nih rezki die.
Sentap mcm haper je masing2. Sume nk jadik juri hidop die ke? Komen mcm juri bodo sorg tu.
selagi ada kontroversi, boleh gunapakai ‘orang tu’ untuk kaut rating, bila dah suam suam kuku let it go.. let it go
dunia hiburan org melayu sampah… im not racist…. but its reality
Rezeki Ikhlas Redho Jodoh Takat Tu Je terlalu banyak disalahgunakan maksudnya. The most convenient excuse for celebrities fans and the like. Do whatever you want and use the above phrases whenever it suits you.
ske hati la ko lah…its all about the moneyyyy kannnnnn…
huhuu….
Biar lah dia tunjuk bakat kat drama pulak. Kalau ada bakat teruskan kalau tak ada cukup setakat tu saja. Apa yg u all marah2 ni. Jgn babitkan bangsa, kene muka sendiri juga. Kesiannnnn!
Nape lah ema fatima tak ndak ambek Baha BHP berlakon. Dia lg lah ada umph dari mamat kelantan nie.