Majlis perkahwinan pasangan ini yang meriah sebenarnya diselubungi oleh satu isu yang menjadi bualan ramai iaitu gambar pasangan Erin Malek dan suaminya yang berada di kelab hiburan selepas selesai resepsi perkahwinan mereka.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Juga, beberapa keping gambar menunjukkan Erin Malek asyik berpesta di kelab hiburan beberapa hari sebelum majlis berlangsung juga menjadi tumpuan ramai.
BACA: Erin Malek & Suami Difitnah Ke Kelab Malam Selepas Resepsi Perkahwinan
Bercakap kepada mStar Online hari ini Erin Malek meminta supaya isu itu tidak diperbesarkan dan menganggap ianya perkara yang sudah berlalu dan tidak perlu diungkit.
“Benda itu sudah berlalu dan saya sendiri tak mahu komen panjang. Yang penting, suami, keluarga mertua termasuklah keluarga saya sendiri tahu mengenai perkara tersebut,” jelas Erin Malek yang baru pulang berbulan madu bersama suaminya dari Amerika Syarikat.
“Ini merupakan kunjungan pertama kami di LA dan Vegas. Alhamdulillah, percutian kami amat menyeronokkan. Tiada sebarang perancangan yang teliti sebaliknya kami redah saja apa-apa yang menarik untuk dikunjungi. Di Vegas, kami juga sempat menyaksikan persembahan penyanyi antarabangsa, Britney Spears,” tambahnya lagi. (rtky/m)