fbpx

Erin Malek Hutang Perunding Kahwin RM80,000

Dalam laporan terbaru Harian Metro hari ini pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin mendakwa pelakon Erin Malek gagal membayar hutang berjumlah RM80,000 selepas menggunakan khidmatnya untuk majlis pernikahan dan persandingan beliau.

Erin Malek bernikah dengan Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014 dan kini telah dikurniakan dua cahaya mata.

“Erin yang diwakili bapa tirinya meminta agar harga bayaran perkhidmatan dan baju perkahwinan yang saya hasilkan dikurangkan kepada RM50,000”

“Pihak kami bersetuju dengan permohonan itu dan mahkamah memutuskan bahawa Erin yang diwakili oleh bapa tirinya harus melunaskan hutang berkenaan dengan membayarnya secara berperingkat setiap bulan,” ujar Azura.

Namun pihak Erin Malek sehingga kini masih belum melunaskan bayaran seperti yang dipersetujui — selain belum memulangkan baju perkahwinan yang digunakan seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Azura turut berkata yang beliau berusaha untuk mendapatkan alamat terkini Erin Malek namun pelakon itu gagal dijejak mahu pun dihubungi selain komen di Instagram beliau juga sudah dipadam. (rtky/m)