fbpx

Erin Malek Dikutuk Hodoh Tak Pakai Tudung

Baru-baru ini, pelakon Erin Malek ada memuat naik gambarnya bercuti bersama keluarganya di Singapura menjadi perhatian ramai.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan, pelakon Tentang Bulan itu dilihat hanya memakai topi namun tidak bertudung.

BACA: Pakai Topi Nampak Rambut Bercuti Di Korea, Erin Malek Diperli Netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erin ? (@erinmalek94)

Gambar tersebut yang turut tular di media sosial itu ternyata mengundang kecaman netizen yang mendakwa pelakon itu seakan mempersendakan agama.

Menerusi komen di Facebook, ada yang mendakwa pelakon itu membuka tudung jika ke luar negara. Malah, ada netizen mendakwa pelakon itu sememangnya on off memakai tudung apabila dilihat memakai topi apabila bercuti dan bersukan.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen sindiran bertanyakan adakah tudungnya hilang ketika menaiki kapal terbang ke sana. Lebih pedas, ada yang mengutuk pelakon itu tidak cantik apabila tidak memakai tudung.

Bukan kali pertama perkara ini hangat diperkatakan, pada September lalu, Erin ada memuat naik gambar tidak memakai tudung dan dilihat hanya menyarung topi ketika bercuti ke Korea.